PROSEDUR TERJEMAHAN DAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PROSEDUR

 Prosedur Terjemahan 

Newmark: Terjemahan bebas (free translation) dan terjemahan tepat (literal translation).

Nida: Terjemahan formal (formal equivalence) dan terjemahan dinamik (dynamic equivalence).

Baker: Terjemahan literal (literal translation), terjemahan bebas (free translation), dan terjemahan idiomatic (idiomatic translation).

Munday: Terjemahan literal (literal translation), terjemahan idiomatic (idiomatic translation), dan terjemahan tekstual (textual translation).

Vinay & Darbelnet: Tujuh strategi terjemahan, iaitu peminjaman (borrowing), kalk (calque), semantik (literal translation), adaptasi (adaptation), transposisi (transposition), modulasi (modulation), dan setara (equivalence).

House: Terjemahan sasaran orientasi fungsi (target-oriented function), terjemahan sasaran orientasi proses (target-oriented process), dan terjemahan sasaran orientasi produk (target-oriented product).


Persamaan dan Perbezaan Prosedur

Terdapat beberapa persamaan dalan prosedur yang menggabungkan beberapa prosedur yang lain bergantung kepada keringkasan atau kekompleksan teks, bidang, dan peringkat khalayak. Vinay dan Darbelnet (1995, p.39) merujuk prosedur ini kepada pendekatan terjemahan yang menghasilkan persamaan bagi nilai yang sama untuk situasi yang berbeza dalam teks sumber. Kesesuaian dari segi makna penting dan bergantung kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik, peribahasa dan sebagainya.

Nida (1964) menjelaskan dua jenis persamaan ini, iaitu formal dan dinamik. Persamaan formal ditentukan kepada kata-demi-kata, ayat-demi-ayat atau konsep-demi-konsep (dikatakan juga terjemahan glos), manakala persamaan dinamik berasaskan prinsp persamaan, iaitu hubungan antara penerima dan mesej sasaran seharusnya juga sama dengan penerima dan mesej sumber.


Bagi perbezaan pula antara prosedur diantara mereka  ialag Unsur perbezaan antara komunikator (penghantar dan penerima) merupakan ciri khas dalam komunikasi silang budaya. Komunikator yang terlibat berbeza dari segi budaya dan jati diri sosial. Fokus komunikasi silang budaya ialah perbezaan latar belakang dan pengalaman budaya komunikator. Perbezaan ini merangkumi bahasa, persepsi atau tanggapan, nilai, pengharapan, dan perlakuan. Penelitian dalam komunikasi silang budaya adalah tentang cara perbezaan budaya ini mempengaruhi atau memberi kesan terhadap proses komunikasi. Kekompleksan penterjemahan merupakan salah satu daripada aspek dalam hidup manusia yang terjalin dalam hubungan antara faktor yang pelbagai. Kebiasaannya terdapat konteks dalam penterjemahan berdasarkan teks yang dikaji.

Menurut Munday (2001, p. 146), strategi penterjemahan berunsur tempatan ialah "entails translating in a transparent, fluent, 'invisible' style in order to minimise the foreignness of the TT. Terjemahan berunsur tempatan bermaksud pengurangan etnosentrik teks asing kepada nilai-nilai budaya bahasa sasaran dan membawa balik penulis asal ke tempat sendiri. Perbezaan linguistik dan budaya yang wujud dalam terjemahan dilambangkan oleh budaya bahasa sasaran, serta diasimilasikan kepada kefahaman, kanun, taboo, kod dan ideologi bahasa sasaran. Strategi terjemahan berunsur tempatan melibatkan terjemahan yang mudah difahami, lancar dan bebas gaya agar dapat meminimumkan unsur-unsur asing dalam teks sasaran. Strategi terjemahan berunsur tempatan bermaksud usaha membuat sesuatu teks supaya dikenali dan biasa, lalu hal tersebut membawa budaya asing lebih dekat kepada pembaca dalam budaya sasaran, manakala strategi terjemahan berunsur asing bererti membawa pembaca kepada budaya asing dan membuat pembaca boleh merasakan perbezaan bahasa dan budaya (Lindfors, 2001, p.6).

Strategi terjemahan berunsur tempatan cenderung untuk membawa keluar unsur komunikatif daripada bahasa dan terjemahannya untuk memudahkan pembaca memahami dan menerima hasil terjemahan. Strategi ini amat berkuasa dan popular untuk tempoh yang panjang dalam sejarah terjemahan. Walau bagaimanapun, sifatnya bersahaja dan mudah pada teks sasaran sering dicapai dalam lingkungan yang lebih luas daripda mesej budaya teks sumber. Hasil langsung seperti terjemahan ini adalah lebih atau kurang tahap normalisasinya apabila semua kelainan budaya dalam bahasa sumber disamarkan atau dihilangkan.

Comments